Bila orang sibuk mengenai "JODOH",
aku adalah orang yang paling takut sekali mengenai ini,
sebab orang taktau apa yang aku alami TANGUNGGJAWAB!
Dan aku pun taktau pa yang mereka alami.
.
Tangunggjawab sekarang untuk keluarga aku lebih berat,
ibubapa aku bercerai lepas aku SPM.
Jujur aku katakan aku adalah.seorang anak yang kurang kasih sayang seorang ibu,
sehingga arwah ibu aku meninggal.
.
Lepas arwah ibu meninggal,
aku takeover untuk jaga adik bongsu aku yang istimewa.
aku tinggal dengan bapa since ibubapa aku bercerai.
.
Bila orang tanya soal JODOH pada aku,
bukannya aku nak mengelak,
cumanya buat masa ini tak sesuai tanya soalan macam tu.
.
Bapa aku sakit start arwah ibu meninggal,
so aku kena jaga bapa dan adik bongsu aku.
.
Aku ada baca "Bila kita jaga anak syurga ini, jangan pernah mengeluh sebab keluhan kita itu boleh mengambarkan keikhlasan kita".
.
Allahuakbar!
Sebab itu aku sanggup pikul tangunggjawab ini.
Adik-Beradik?
Ya! Ada!
Tapi mereka pun sudah berkeluarga,
aku tidak mahu menyusahkan mereka.
.
Mereka pun ada pulang dan bantu aku,
itu pun dah memadai.
.
Bagi aku jodoh ini rahsia ALLAH.
Kita sebagai umat hanya mampu BERUSAHA + BERSERAH + BERTAWAKKAL.
Andai JODOH aku sampai,
InshaALLAH...
Nikahlah aku.
.
Buat masa ini memang aku fokus pada family.
Fokus untuk berubah diri dari yang lebih solehah.
Kematian akan datang bila-bila masa tidak kira umur, pangkat atau darjat.
.
Apakah PERSIAPAN KITA MENGHADAPINYA??!!!
.
Andai kita berubah demi ALLAH,
ketahuilah andai ada jodoh,
ALLAH akan mengerakkan hati kita untuk bertemu dengan pasangan kita.
TRUST ME!!!
.
Boleh jadi Jodoh kita dengan manusia,
Boleh jadi jodoh kita dengan ajal.
.
Allah adalah sebaik perancang.
Akhir kalam berdoalah pada ALLAH.
Berubahlahhh..
.
Miss Miso, 11 August 2019
Malaysia